Tiada Kata Seindah Bahasa Yang Mampu Kak Lin Ucapkan Kepada Semua Pembaca Blog Budiman…Jutaan Dan Ribuan Terima Kasih Kerana Tidak Putus Putus Berkunjung Ke Blog naluriwanita.com.. Penghargaan setinggi tingginya Kak Lin hulurkan kerana walaupun kita berjauhan tapi seolah-olah kalian semua cukup berdekatan, dekat dimata dan dekat dihati Kak Lin…
Esok 24hb Jun 2009 bersamaan 1 Rejab, 1430H, seperti mana penulisan lepas, Kak Lin mengajak semua untuk berpuasa sunat…Hari yang dimaksud kan bakal tiba esok, jadi bangunlah untuk bersahur.. Buang kan sedikit rasa penat, malas, panas, lapar dan dahaga seketika.. Cuba buat untuk 1 hari ini.. Dan jika ada kekuatan sambung untuk hari ke 2 nya…dan ke 3 nya.. dan sambunglah lagi seterusnya bagi yang punya kudrat dan semangat untuk mengejar pahala dan ganjaran dibulan Allah ini….Kak Lin lakukan nya esok, jadi sama-sama kita berganding bahu untuk teruskan puasa ini.. Tapi ingat nawaitu kita untuk mengejar pahala dan ganjaran dari Allah, jadi janganlah lari dari landasan itu…
Bersahurlah kerana Sahur itu adalah sunat… Kepada mereka yang ingin bersahur dengan Mate 5 teruskan dengan itu… Tapi Kak Lin akan bersahur dengan Oat Dan Soya Sahaja… Sebab Kak Lin memang tidak memerlukan Mate 5 lagi… Berbuka lah ala kadar… Dan pastinya esok Kak Lin akan berbuka dengan Hidangan Pecal…(Kangkung + Timun + Sengkuang+ Tahu)… Dan menu ini sangat bagus untuk semua yang dalam proses diet juga..Cubalah… Kepada mereka yang perlukan Mate 5, jom call Kak Lin ditalian 019-6217454..atau Ym nalur_wanita@yahoo.com.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.