Warkah Kemenangan…
Jul 4th, 2009 by alin


Ini adalah warkah yang ditujukan kepada Dr Rozmey untuk peraduan pertandingan cabaran langsing 2009.
MATE 5 MERUBAH SEGALANYA…
Sebelum saya melakar lebih dalam lagi coretan ini, ribuan terima kasih saya hulurkan buat pengasas produk Jus Mate 5 iaitu Doc Rozmey Che Din…Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia nya…telah melahirkan seorang insan yang begitu cerdik akal dan pengetahuaannya maka terciptalah satu formula ajaib yang julung julungnya terhasil…JUS MATE 5..
Alhamdulilah saya adalah merupakan seorang pengguna dan kini adalah merupakan seorang pengedar yang aktif..Bermula dari Jun 2008 sehingga akhir Ramadhan Sept 2008 saya dengan nekad dan semangat yang cukup tinggi telah berani mencuba produk ajaib ini… Sememangnya cukup takut pada saya untuk menggunakan apa-apa produk langsing sebelum ini, memandangkan terlalu banyak di pasaran yang kita tidak tahu akan keselamatan dan keberkesanannya..
Pada tarikh itu saya nampak di keratan akhbar, dan mengguntingnya..lalu menyimpannya.. Hasrat itu saya pendam hampir 2 minggu…Dan akhirnya saya nekad dengan mengeluarkan duit dari akaun Bank Simpanan Nasional sebanyak RM200..saya terus ke kedai kawan untuk mendapatkan produk tersebut..Tanpa bercerita panjang, saya terus membayar dengan seribu harapan agar produk pelangsing pertama yang di beli ini adalah merupakan produk terakhir dalam sejarah hidup saya..Jika berjaya saya telah memasang niat untuk membantu yang lain diluar sana…
Memang benar dan tidak di nafikan hanya dengan 6 kotak selama 120 hari saya begitu disiplin dan bersungguh-sungguh serta komited dalam mengejar impian dan sasaran berat badan yang di inginkan…Nah akhirnya September 2008 sebelum hari raya aidilfitri angka timbangan dirumah 72 kg satu ketika dulu menurun ke angka 55kg…Saya nekad untuk berhenti terus penggunaan Mate 5….Dan sememangnya pada waktu itu cabaran langsing sedang mencari peserta…Tetapi saya batalkan niat untuk menghantarnya kerana saya ingin sahut lagi satu cabaran dalam diri saya di samping itu ingin menuntut janji Doc Rozmey Che Din bahawa selepas penurunan berat badan TIADA KENAIKAN SEMULA…
Saya tunggu sehingga 3 bulan…Natijahnya sekali lagi angka timbangan menurun ke 52kg..Sedangkan pada waktu itu saya tidak meminum walaupun 1 paket Jus Mate 5… Atas nasihat kawan kawan dan sokongan Doc Rozmey juga saya nekad untuk menghantar 2 keping gambar kepada Doc Rozmey pada waktu itu…Alhamdulilah gambar saya terpilih untuk masuk ke harian Metro…dan terpilih sebaris dengan pemenang cabaran langsing edisi 1…Sejak dari itu saya dihujani dengan berbagai bagai sms atau telefon bertanyakan keberkesanan produk tersebut…
Saya tidak jemu jemu melayan apa juga kerenah yang datang dari panggilan itu…Sememangnya dari awal saya nekad, jika benar produk ini sangat berkesan apasalahnya saya berkongsi pengalaman dan nasihat untuk mereka yang begitu teruja untuk menurunkan berta badan… Atas semangat itu juga, lantaran terhasillah sebuah wadah perjuangan untuk membantu diluar sana iaitu www.naluriwanita.com..
www.naluriwanita.com terlahir di atas semangat, dan keyakinan yang cukup tinggi dalam diri saya… dimana tajuk utama blog tersebut adalah HASRATKU…SEMOGA ADA KEKUATAN UNTUK AKU TERUS MEMBANTU… sesungguhnya blog adalah pengantara saya dan semua sahabat sahabat samada downline saya atau tidak…niat saya hanya satu…menolong dan memberi semangat agar mereka tidak putus asa dalam menjalani diet yang sebenarnya begitu getir…hampir setiap minggu saya akan pastikan post-post baru akan diletakkan dalam blog tersebut..Alhamdulilah dari bancian saya, satu hari penggunjung ke web saya seramai 150 org..
Oleh yang demikian saya ingin menyatakan ribuan terima kasih kepada DOC Rozmey khususnya…Rakan-rakan yang mengenali saya, tak kiralah mereka donwline saya atau tidak…Sememangnya tanpa kalian sudah pasti saya tidak ada disini…Sokongan mereka telah membuatkan pendapatan sekarang cukup-cukup lumayan…Sesungguhnya rezeki itu semuanya datang dari Allah…dan perlu saya peliharainya dengan niat ke jalan Allah juga…Insyallah…
Diakhirnya saya tampil kan 2 keping gambar untuk menyertai cabaran langsing 2009.. Semoga saya antara yang akan terpilih dalam memenangi cabaran lansing ini..Memandangkan hampir 7 bulan sudah berlalu saya tetap dapat mengekalkan berat badan 52kg walaupun tidak memakan walau 1 paket pun JUS MATE 5…Penurunan memang mudah tapi untuk mengekalkan agar tiada kenaikan semula itu sebenarnya amat payah…Dan sebab itu saya yakin saya bakal memenangi cabaran ini…Insyallah..
M………….Masih
A…………..Aku
T……………Terkejut
E……………Ekoran
5……………Lima
Kuasa Ajaib….
1…Penurunan berat badan yang sangat efektif sehingga 20kg penurunan.
2…Penurunan kadar kolestrol saya dari 6.4 ke 5.4
3…Tiada kegemukan semula selepas 7 bulan berlalu.
4…Pendapatan yang lumayan di luar jangkaan saya.
5…..Impian yang belum tercapai untuk menjadi pemenang cabaran langsing 2009…
Akhirnya Kak Lin Memenanginya… Alhamdulilah..


Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.