Hasratku
Semoga Ada Kekuatan Untuk Aku Terus Membantu

Lahirnya…

Nov 10th, 2009 by alin

amni11.11.1975 itu tarikh indah pada diri insan bernama NOR HAZLINA MOHD TAHKIM..Di mana pada tarikh 11.11 juga merupakan ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan Kak Lin…Hari ini tarikh itu muncul lagi..11.11.2009 usia menjangkau ke angka 34 tahun dan perkahwinan menjangkau ke angka 14 tahun…apa pun sebenarnya semuanya mengingatkan kita pada WAKTU…Waktu yang berlalu, dan waktu yang akan datang…Bezanya waktu yang telah berlalu kita dapat melihat dan merasai, tetapi waktu yang akan datang kita hanya mampu membuat perancangan namun  hanya MAHA AGUNG yang bisa mengaturkan, dan memberikan kesudahan…

Bersyukur kehadrat Allah jua, kerana diberikan keizinan untuk terus bernafas di alam fana ini… Insyallah apa yang perlu ada dalam diri Kak Lin untuk jalani kehidupan, biarlah berada dilandasan kerana mu Ya Allah…Nyata untuk ditempatkan di singah sana FIRDAUSI perlu ada jati diri seorang MUSLIMAH SOLEHAH…Kak Lin mengejar status itu untuk memastikan TIKET ke sana nanti betul betul dalam gengaman…Pohon dan pinta Kak Lin setiap wanita yang sering hadir di blog ini tetap sama sama mengiringi Kak Lin untuk mengejar SYURGA TERTINGGI itu.. Kutiplah segala kebaikan dan kebajikan di muka bumi Allah ini dalam apa juga cara dan apa juga keadaan…Bekerjalah seolah anda akan hidup 1000 tahun lagi dan Beramallah seolah kamu akan dijemput keesokkan hariNya..

Alhamdulilah hadirnya blog naluriwanita.com ini juga merupakan satu wadah dalam mendidik wanita untuk lebih hargai diri dan sayangi diri..Kak Lin tampil saban minggu dengan post post terbaik anugerah Allah untuk Kak Lin kongsi bersama..Jus Mate merupakan talian pada Kak Lin untuk satu PEKERJAAN…SATU PERMULAAN BEKERJA DI ALAM MAYA.. Dengan Jus Mate juga Kak Lin didik hati, didik sikap, didik jiwa untuk bergaul dengan ramai orang…Dengan Jus Mate juga Kak Lin punya ramai kenalan tak kira bangsa, agama, lelaki atau wanita…di sini juga Kak Lin belajar warna kehidupan manusia, ada suka, ada tawa, ada sedih dan ada duka..Yang paling Kak Lin kagumi dengan Jus Mate juga Kak Lin tampil lebih berkeyakinan untuk berkongsi pengalaman, nasihat dan panduan pada semua…Kak Lin tidak jemu-jemu untuk melayan YM, SMS, PHONE dan Email…Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang menghargai Kak Lin dan meletakkan Kak Lin sebagai IDOLA kalian..Tahniah kepada JEM, MIN,IDAH, SIDAH, NADIA, DEWI, OCIN, INA,MAS dan yang lain juga kerana telah berjaya untuk capai HASRAT yang di impikan…Kepada mereka yang belum berjaya lagi…anda sebenarnya TELAH berjaya…cuma anda butuh sedikit sahaja WAKTU…Sabar, yakin dan tekadkan usaha…Tetapkan niat anda dan beradalah di landasan paling tepat…Kerana dari HATILAH bermulanya segala NIAT…

Diakhirnya Kak Lin tampil memohon seribu kemaafan di hari lahir ini… kepada mereka mereka yang sering terguris kata kata Kak Lin dan mungkin sikap Kak Lin yang tidak menyenangkan kalian…Harap ada kemaafan…Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan dan kesilapan Kak Lin…kerana Kak Lin jua manusia biasa, makhluk Allah yang punyai 2 malaikat dikiri kanan mencatit amalan kebaikan dan kejahatan…Semoga buku disebelah kanan Kak Lin nanti akan tampil di persembahkan pada Allah, dan semoga Allah tidak ketemu buku di sebelah kiri Kak Lin…Amin Ya Rabal Alamin…Kak Lin Sayang Kamu…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.