Tahniah Ida
Jan 22nd, 2010 by alin
Bersua dengan penulisan baru Kak Lin.. Semoga tika dan saat ini mereka yang sedang dalam proses penurunan berat badan tidak berpatah semangat.. Walau apa juga dugaan yang kalian hadapi, anggaplah untuk dapat kemanisan itu, perlu lalui sedikit kepahitan..
Hari ini Kak Lin tampilkan seorang lagi testimoni terbaru lahir dari group naluriwanita.com. Ida nama yang sering masuk di telefon Kak Lin. Ida juga seperti yang lain mengenali Kak Lin hanya di alam maya sahaja, bersua pun tidak pernah dan menerusi telefon pun jarang sekali. Tapi Ida antara yang bernasib baik. Penggunaan Jus Mate 5 hanya dalam masa 3 hari sudah berkurangan 5kg.
Ida memulakan diet dengan JDM5 pada tarikh 11.11.2009.. Tarikh itu juga merupakan hari bersejarah pada diri Kak Lin kerana merupakan hari ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan Kak Lin. Mungkin semua ini berlaku secara kebetulan sahaja..Sesungguhnya kita hanya mampu merancang selebihnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Ida pada tarikh itu berat diangka timbangan mencecah 75kg..3 hari minum JDM5 berat turun ke angka 70kg.. Hampir terkejut dan berulang kali naik pada timbangan seolah tidak percaya akan angka yang dilihat..Nyata memang timbang itu tidak menipunya.. Ida terus sms Kak Lin menyatakan kegembiraan tersebut.. Sekalung tahniah Kak Lin hulurkan dan seperti biasa kata-kata semangat tetap Kak Lin beri kerana tidak mahu Ida berputus asa, memandangkan ramai juga di luar sana pada awal penggunaan JDM5 berat turun berdesup, tetapi hari berikutnya timbangan seolah-olah tidak bergerak.
16.11.2009 sekali lagi Ida beranikan diri untuk menimbang berat terbaru..nyata turun lagi ke angka 69kg…dari hari ke hari seperti ada sinar baru yang tidak jemu menyuluh Ida..nyata segala impian dan harapan tidak langsung mengecewakan. Pada tarikh 7/1/2010 Ida berjaya menurunkan berat ke angka 59kg.. tapi 59 itu masih belum mencapai target idaman berat badannya..Ida akan cuba berusaha untuk capai berat 55kg..
Kak Lin selaku orang yang paling dekat yang sering memberi motivasi pada Ida, hanya mampu tersenyum dan berdoa semoga apa juga impian yang Ida inginkan akan terlaksana juga..Sesungguhnya seperti biasa berulang kali Kak Lin ucapkan segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan dan kecuaian Kak Lin jua.
Kepada Ida sekalung TAHNIAH ya dik.. Semangat yang ada dalam diri nyata tidak sia sia..Teruskan usaha untuk lebih maju dalam apa juga yang diinginkan.. Tahniah juga kerana telah lahir blog atas usaha sendiri iaitu http://mate5dihatiku.blogspot.com. Semoga blog tersebut merupakan wadah perjuangan pertama dalam mengejar apa juga hasrat dan impian.
Kepada mereka yang ingin berkongsi kejayaan boleh hubungi Ida di talian 017-3660696 atau YM:- qaseh_shada@yahoo.com. Atau hubungi Kak Lin di talian 019-6217454 atau YM:- naluri_wanita@yahoo.com.
Diakhirnya, semoga ketemu lagi…Teruskan diet sihat…


Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.