Hasratku
Semoga Ada Kekuatan Untuk Aku Terus Membantu

Wajah Impian 2009

Jan 7th, 2010 by alin

Tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun 2010 Kak Lin hulurkan kepada semua tetamu naluriwanita.com. Semoga tahun 2010 akan memberikan kejayaan berterusan terhadap apa juga hasrat yang kalian impikan.. Sudah tentu seribu macam impian yang terbaik perlu untuk kalian kecapi, tetapi ingatlah jika tiada usaha yang berterusan sudah pasti kejayaan tidak mampu dicapai…

2009 telah kita tinggalkan.. Yang berlalu tetap dan pasti berlalu. Namun bukan bererti impian 2009 itu hancur musnah dan tidak boleh dikutip semula…Tetapi berusahalah untuk dicantumkan semula agar impian untuk dijadikan satu potret indah terjapai jua akhirnya….

Hari ini Kak Lin himpunkan kawan kawan Kak Lin yang telah sedikit sebanyak berjaya turunkan berat badan…Dimana dengan usaha yang tidak jemu bertarung untuk melawan nafsu makan, akhirnya mereka mereka ini telah mendapat berat yang di idamkan, walaupun ada juga yang masih mengejar target… Sekali lagi jutaan Tahniah dan terima kasih kerana naluriwanita.com dijadikan wadah semangat untuk merealisasikan impian masing masing..

Salam sayang dan salam manis buat semua dibawah ini Ocin, Nadia, Masitah, Jem, Nadia, Idah, Sidah, Ina, Mas, Min, Shazril dan Mizi..  Wajah-wajah kalian mampu mencetuskan semangat pada mereka diluar sana.. Moga tahun ini lebih ramai lagi akan tampil untuk berani memberikan gambar pada Kak Lin..tak kiralah siapa pun anda, downline Kak Lin atau tidak kerana kita di sini hanya sekadar ingin membantu pada mereka yang perlukan sedikit semangat dari kita…Semoga segala usaha kita ini nanti akan diberikan ganjaran pahala yang lebih besar…sayang kamu semua..muaahhhhhhhh… Hubungi Kak Lin Untuk Dapat Kan Apa Juga Produk Langsing Yang Sesuai…019-6217454 atau Ym naluri_wanita@yahoo.com.  

 

Nadia..O..Nadia

Dec 23rd, 2009 by alin

Salam Hijrah sempena bulan Muharram yang sangat mulia ini… Semoga segala penghijrahan yang dilakukan oleh anda tetap meletakkan Allah sentiasa dihadapan..  Sesungguhnya jika niat itu kerana Allah nescaya apa juga hasrat yang kita inginkan pastinya akan dikabulkan oleh Allah jua.. Ketahuilah oleh kamu “Bila Allah Makbulkan Doamu, Maka Dia Sangat Menyayangimu, Bila Dia Lambat Makbulkan Doamu, Maka Dia Ingin Mengujimu, Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu… Sesungguhnya Berprasangka Baiklah KepadaNya… Dan sentiasa beringat bahawa setiap ujian yang diberi itu adalah kepada Insan yang benar benar terpilih untuk melaluinya… Insyallah pasti hati akan sentiasa tenang…

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu penulisan baru, dan mungkin ramai tertanya-tanya mengapa Kak Lin sepi tanpa berita.. Maaf di pinta andai kebelakangan ini sering sibuk memandangkan banyak tugasan yang perlu diselesaikan.. Namun Kak Lin yakin kepada semua pembaca setia blog naluriwanita.com, anda tetap setia menunggu segala post post baru dari Kak Lin..Terima kasih yang tidak terhingga kerana menghargai setiap bibit bibit ayat yang Kak Lin lontarkan..

Disini lahir lagi seorang Testimoni dari group naluriwanita.com. Nadia, merupakan seorang ibu kepada seorang cahaya mata.. Cahaya mata pertama nadia hanya dapat bertahan di dalam kandungan hanya 8 bulan sahaja..Namun berkat sabar akhirnya nadia mengandung lagi…Sepanjang tempoh kandungan itu berat nadia naik mendadak dari 75kg ke 103kg..Sepanjang mengandung kerunsingan yang amat sangat kerana takut takut berat ini tidak akan turun lagi…Alhamdulilah selepas bersalin berat dapat juga turun ke angka 90kg… Kerisauan tetap juga terasa memandangkan tinggi Nadia hanya 157… Dengan dorogan hati yang kuat untuk menurunkan berat badan, Nadia ketemu blog naluriwanita.com dan terus ambil sedikit semangat dari Kak Lin, dan nekad untuk mencuba Jus Mate… Akhirnya dari 90kg Nadia sekarang telah mendapat berat 68kg dengan hanya memakan 6 kotak Jus Mate… Nadia telah berhenti pengguna Jus Mate hampir 2 bulan..nyata berat tidak naik semula…Insyallah Nadia akan sambung lagi Jus Mate untuk turunkan sedikit lagi berat idamannya iaitu 60kg…

Kak Lin berdoa semoga segala usaha yang Nadia lakukan akan memberikan yang terbaik… Sekali lagi Kak Lin amat terharu kerana sedikit semangat yang Kak Lin hulurkan mampu merubah penampilan Nadia sekarang… Terima kasih  ya dik kerana menjadikan Kak Lin salah seorang Idola pada Nadia.. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan Kak Lin jua..

Disini Kak Lin tampilkan 3 gambar Nadia.. Yang awalnya 90kg..yang ditengah itu 75kg..yang paling akhir gambar nadia sekaranga….68kg… Insyallah Kak Lin akan masukkan gambar Nadia lagi jika beratnya mencecah ke angka 60kg..Tungguuuu….

 Sebarang pertanyaan tentang Jus Mate boleh hubungi Kak Lin 019-6217454 atau hubungi sendiri Nadia di talian 0123948125.. Semoga anda juga akan seperti Kak Lin dan Nadia… Teruskan perjuangan dan jangan berhenti… :)

DR2 Memang Hebat

Dec 14th, 2009 by alin

28032009821-002Salam pagi Isnin buat semua geng geng naluriwanita.com. semoga semangat nak kurus tak akan luntur…walau pun kadang kadang diet sering kantoi.. yang pasti teruskan usaha walaupun kadang kadang kecewa.. Minggu nie Kak Lin tak nak bercerita bab diet…sebab Kak Lin pun selalu kantoi diet dah…hehehe tapi nak cerita sikit keberkesanan DR2 pulak…tapi sebelum tu korang tatap gambar tudung merah Kak Lin nie dulu.. merah sangat mak ngah macam dulu dulu… :)

Semua pasti tahu kan HPM bukan keluar Jus Mate 5 sahaja…tapi ada macam macam produk yang bagus…Antaranya DR2… Untuk makluman semua, Kak Lin nak berkongsi sedikit cerita tentang kebaikan DR2. Pada 23hb Oktober yang lalu sedang dalam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur untuk menghantar Kak Ipar menunaikan Ibadah Haji…tiba tiba Kak Lin mendapat berita Mak Ngah Kak Lin telah mengalami kecederaan dimuka dan tangan bila mana berlaku kejadian gas bocor di rumahnya..tanpa berlengah Kak Lin terus ke PPUM untuk ziarah beliau.. sangat terkejut dan mengalir air mata tat kala melihat hampir keseluruhan kulit muka Mak Ngah melecur… kesakitan yang ditanggung hanya Allah sahaja yang tahu… terus terdetik dihati Kak Lin untuk perkenalkan DR2 ini..tapi disebabkan masih dalam rawatan hospital Kak Lin simpankan juga hasrat untuk memberi produk itu kepadanya… Tetapi selepas 1 minggu keluar dari hospital, Kak Lin poskan DR2 kepada Mak Ngah sebagai hadiah percubaan untuk beliau…Alhamdulilah berkat dan keizinan dari Allah Mak Ngah hampir pulih 90% dengan hanya memakan 1 kotak DR2 sahaja…Dan Kak Lin bekalkan sekotak lagi kepadanya agar Insyallah akan terus pulih.. Disini Kak Lin lampirkan 2 keping gambar Mak Ngah untuk tatapan kalian semua… Dan jika berminat untuk menggunakan DR2 pula jangan segan segan untuk hubungi Kak Lin di talian 019-6217454.

sebelumselepas